Thursday, 29 August 2013

APAM NASI @ APAM BERAS..



rsz_apam_nasi
Salam semua....panas cuaca kat kampung cm, suara pun macam dah mula jadi mono, dan batuk2 manja gatal pun ada gak ni, grrrr.. Sebab rasa macam tak de kerja lah sangat siang tadi dan ditambah dengan keadaan kusut masai tahap cipan huru hara, jadi cm rajin2kan diri buat apam, kalau tu hari buat apam kampung, kali ni buat apam nasi atau apam beras. Resipi mat ambik dari blog Kak Yatie Memories yang terkenal dengan kepakaran beliau membuat pelbagai jenis kuih talam. Serius kagum dengan kreativiti beliau. Anda pernah cuba buat apam nasi ni?...Kalau anda google, rasa cm merata blog masakan dan mencubanya (errr...tah2 aku pun pernah buat dulu.....erkkk...lupa, dan malas nak ingat..hehe)..
rsz_apam_nasi1
Apam nasi memang menggunakan nasi sejuk, yeast, tepung gandum, tepung beras, air dan gula. Bahan2 yang mudah dan ringkas. Makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Kalau nak makan macam tu pun boleh, tapi dah gaya orang kita makan apam dengan kelapa parut. Kalau ikut resipi asal, agak banyak dan cm buat 1/2 bahagian seperti yang cm akan tulis nanti. Lagi pun penduduk rumah tak ramai. Satu lagi, kalau anda buat jangan guna paper cup macam cm guna tu, elok anda guna acuan apam yang disapu dengan sedikit minyak. Sebab cm agak kesuntukan masa dan malas nak menyelongkar cari acuan apam, maka ku guna muffin cup aluminium dan alas dengan paper cup. Jadi tu memang jadi, cuma papercup tu melekat kat apam, rugi! Satu lagi anda boleh letak apa2 kaler yang anda suka, macam cm leta kaler hijau dan merah....Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-) 1 cawan nasi sejuk 3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar) 1 1/4 cawan air 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 camca teh instant yeast (mauripan) Pewarna makanan pilihan anda Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (macam cm, guna 2 kaler). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  3. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama)..

Sumber

1 comment:

  1. Luckily I got a website which is best for all NBA gaming platform available online, locker codes and I was lucky to get free nba locker codes and many more offers.

    ReplyDelete