Showing posts with label Society. Show all posts
Showing posts with label Society. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Tarik minat remaja

 

SEbahagian pelajar program KTB GiatMara-Utusan Malaysia yang mengikuti kursus fesyen sedang dibimbing oleh tenaga pengajar GiatMara.
 
KELAB Teknologi Bumiputera (KTB) yang ditubuhkan oleh GiatMara bersama rakan strategiknya, Utusan Malaysia merupakan platform bagi menarik minat golongan remaja menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional di negara ini.
Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penubuhan KTB GiatMara-Utusan Malaysia bakal memberikan kesan positif dalam memupuk minat dan kecenderungan pelajar bumiputera di seluruh negara terhadap bidang tersebut.
"Program yang dianjurkan KTB GiatMara-Utusan Malaysia di seluruh negara dilihat mencapai matlamat untuk mendedahkan pelajar dengan ilmu-ilmu kemahiran.
"Peserta yang terlibat ditempatkan di beberapa pusat GiatMara dan sekolah berkenaan dengan 40 pelajar bagi setiap pusat GiatMara untuk mengikuti kursus kemahiran yang diminati mereka.
"Setiap peserta didedahkan dengan ilmu kemahiran, antaranya membuat kek dan pastri, pendawaian elektrik, pertukangan dan membaiki motosikal," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran dan Penyampaian Sijil KTB GiatMara-Utusan Malaysia Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriam Abd. Majid dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.
Program KTB-Utusan Malaysia itu melibatkan 14 bidang kursus yang ditawarkan GiatMara termasuk teknologi automotif, elektronik audio visual, kimpalan, teknologi motosikal, rekaan fesyen dan pakaian, masakan serta pramusaji di samping teknologi pembekuan dan penyaman udara.
Shahiruddin berkata, antara objektif program kursus itu adalah merangsang dan menggilap bakat pelajar dalam bidang kemahiran selain memperkenalkan GiatMara sebagai salah satu pusat pengajian yang boleh disertai pelajar apabila tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kita lihat sepanjang lima hari program ini, maklum balas yang diterima daripada keluarga dan pelajar sangat menggalakkan. Ada yang mencadangkan program KTB dilanjutkan tempohnya.
Katanya, kerjasama akhbar Utusan Malaysia sebagai penganjur bersama program KTB GiatMara-Utusan Malaysia dan pakar motivasi, Dr. Ismail Mohd. Zain membantu melicinkan perjalanan program.
Pihaknya berharap kerjasama seperti itu dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Dalam pada itu Shahiruddin berkata, GiatMara memperuntukkan RM2 juta untuk program tersebut yang membabitkan 9,240 peserta dari seluruh negara bagi memberi peluang golongan muda mengikuti latihan kemahiran.
"Program ini menyokong pelan transformasi pendidikan negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Prinsip 1 Insan 1 Kemahiran yang diperjuangkan oleh GiatMara juga akan lebih tersebar luas di setiap kawasan Parlimen.
"Dengan jumlah Pusat GiatMara di seluruh negara 231 buah, menjadikannya antara institusi pendidikan pertengahan lepasan sekolah terbesar di negara ini." katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130107/ka_04/Tarik-minat-remaja#ixzz2HfWWtPQE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 24 December 2012

Kempen hijau UMW

 


Sebahagian daripada kakitangan UMW Toyota Motor yang terbabit dalam program penghutanan semula di Gunung Brinchang dekat Cameron Highlands baru-baru ini.
Usaha pemuliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda dalam aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) syarikat-syarikat koprorat.
Atas rasa tanggungjawab itu juga, seramai 57 kakitangan dari Kumpulan UMW Toyota Motor bersama pertubuhan Kesedaran Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (REACH) menjalankan program penghutanan semula di Gunung Brinchang, dekat Cameron Highlands, baru-baru ini.
Program yang bermula dengan pendakian gunung itu disertai oleh kakitangan daripada empat anak syarikat Kumpulan UMW Toyota Motor iaitu UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), Automotive Industries Sdn. Bhd. (AISB) dan Boshoku UMW Toyota Sdn. Bhd. (TBU).