Showing posts with label Spirituals. Show all posts
Showing posts with label Spirituals. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

Cara Menghadapi Stress Menurut Islam


 

1. Membaca al-Quran dengan Menghayati MaknanyaDengan menghayati makna ayat-ayat dalam al-Quran iaitu memahami dan mendalami isi kandungannya, seseorang itu berupaya menenangkan dan menenteramkan hati dan fikiran.

2. Memperbanyakkan Taubat dan IstighfarBerfikir sejenak tentang dosa yang dilakukan. Merenung tentang segala nikmat yg Allah beri kepada kita.

Kelebihan Taubat dan Istighfar
+ Disayangi oleh Allah
+ Didoakan oleh para malaikat
+ Diampunkan dosa
+ Allah memberi pelepasan kepadanya daripada sebarang masalah
+ Dimurahkan rezeki
+ Ditinggikan kedudukan di sisi Allah
+ Bertaubat adalah ciri orang yg beriman

3. Mendekatkan Diri kepada Allah
Boleh dilakukan dgn 2 cara:
a) Qiamullail: iaitu bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah dengan meninggalkan kenikmatan tidur.
style="line-height: 18px;">Seseorang yg bangun pada tengah malam semata-mata utk mengingati Allah, dgn susah payah berwuduk dan bersolat, maka hatinya akan menjadi tenang dan fizikalnya akan jadi kuat.

b) Banyakkan berzikir: Mengingati Allah sama ada dgn perkataan, perbuatan dan niat yg dilakukan semata-mata kerana Allah.
Allah berfirman dalam Surah al-Ra’d : 28, maksudnya, ”Bukankah dgn mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.”

4. Banyakkan Bersedekah

Salah satu perkara yang menyebabkan jiwa sentiasa tertekan dan tidak tenang ialah harta. Orang yang kikir sentiasa disempitkan oleh Allah swt. Hati dan akhlaknya kerana bakhil dengan kurniaan Allah swt.
Dalam keadaan ini, pemberian sedekah hendaklah semata-mata kerana Allah, malah ketika seseorang itu berasa bakhil dan sangat sayang akan hartanya, maka bersedekahlah bagi mendapatkan keberkatan yang lebih.

5. Bijak Mengurus
Seseorang itu harus bijak menguruskan masa, kerja, keutamaan dan asset yang ada. Bahkan Allah telah mengingatkan kita tentang beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita. Kita diajar supaya berdoa ketika melakukan kerja-kerjayang berlebihan yang tidak mampu di tanggung.

6. Bersangka Baik Terhadap Allah
Kita hendaklah berbicara dan berkata positif serta penuh pengharapan kepada Allah swt. Hal ini karena setiap lafaz yang di ucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.
7. Tawakal

Berserah diri kepada Allah, iaitu setelah melakukan sesuatu perkara itu diserahkan keputusannya kepada Allah sama ada Berjaya atau tidak.Namunsetelah berusaha sedaya upaya., pasti Allah menilai dengan sebaiknya. Itulah janjinya. Seseorang itu harus menyedari bahwa Allah lah yang mengurniakan rezeki, kekuatan dan keinginan serta tubuh badan yang sehat. Maka sebagai hambanya, kita harus berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Thursday, 15 August 2013

Khasiat & Manfaat Dahsyat dari Ayat Kursi


Written By Baginda Ery 


 
Mahfum ayat: Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang  Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah  tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag  boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala  apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah  mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara  keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar. [Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are  all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in  His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His  creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass  aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and  preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).] Penjelasan: Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah.  Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan  beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan  kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang  menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut  ayat KURSI  kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang  megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan. Khasiat Ayat Kursi: Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap  kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali  masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan  musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan  raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia  dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann  keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran  dan kekaraman. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang  siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak  18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan  berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan  kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara  dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang  guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota  sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca  ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya  dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang  fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika  hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang  membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat  Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan  akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala  hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan  kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur,  maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai  pagi. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk  kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan  mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap  serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya  kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat  Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak  akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa;  sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam  selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia,  Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an) -

Source Via Whazzup-U