Sunday, 17 February 2013

Mengancam! Proton Saga Lama Yang Diubahsuai Ke R3



Saudara Fadhly Hisham Roplay merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan Very Important Proton (VIP) anjuran pihak proton. Oleh itu, kereta proton saganya telah diberi sentuhan berkonsepkan R3.

Melayukini.net – Mengancam! Proton Saga Lama Yang Diubahsuai Ke R3 | Mungkin sudah rezeki anak-anak kata orang, siapa sangka dari sebuah kereta yang nampak lusuh dan lama kini ibarat mendapat sentuhan sang emas apabila keretanya terus berubah bentuk dari rekaan lama kepada rekaan yang lebih moden sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Begitulah tuah seorang pekerja kilang, Fadhly Hisham Roplay yang merupakan pemenang pertama pertandingan ‘Very Important Proton’ (VIP) yang dianjurkan pihak Proton. Kereta ini telah diubahsuai mengikut dari luar dan dalaman berkonsepkan R3. Jom lihat gambar di bawah ini.
 
 
 
Gembira tidak terhingga melihat wajah kereta beliau yang terus berubah wajah!
 
 
Rekaan dalaman juga dibuat lebih kurang sama dengan keluaran Proton yang ada dipasaran sekarang. Dashboard R3 ini adalah dashboard custom yang dibuat khas untuk Proton Saga lama ini.
 
 
Enjin jug telah diubahsuai bagaimanapun kekuatan enjin dikekalkan.
 
 
 
Konsep lampu belakang dan juga nombor pendaftaran rekaan terbaru ciri-ciri R3 oleh pereka Proton.
 
 
 
Ini adalah rupa asal kereta Proton Saga lama ini sebelum mendapat sentuhan R3 yang dikendalikan oleh Unit R3, Bahagian Sukan Bermotor, Proton Holdings Bhd.
Melayukini.net - Memang sebelum ini pihak proton ada mengadakan pertandingan yang dikenali sebagai VIP. Sekiranya terpilih pemilik kereta Proton Saga lama akan diberi sentuhan baru oleh pihak mereka. Jadi gambar di atas ini merupakan antara pemenang yang bertuah. Namun begitu, pertandingan ini sudahpun tamat dan tiada sebarang pengumuman untuk pertandingan sesi hadapan.
Sumber: Proton Club | Koleksi Automatif Melayukini.net
More News:   Whazzup-U

No comments:

Post a Comment