Thursday 31 January 2013

Panasonic perkenal komputer tablet baru

 

Oleh Che Wan Badrul Amin Cetak
Pengunjung melihat lebih dekat komputer tablet 4K IPS Alpha panel LCD ketika  Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2013 (CES 2013)  di Las Vegas.Pengunjung melihat lebih dekat komputer tablet 4K IPS Alpha panel LCD ketika Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2013 (CES 2013) di Las Vegas.
Sasar komersil 4K IPS Alpha panel LCD menjelang akhir tahun

Las Vegas: Panasonic Corporation menutup tirai Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2013 (CES 2013) semalam dengan sasaran mengkomersilkan komputer tablet 4K IPS Alpha panel LCD terbarunya menjelang akhir tahun ini.
Sasaran itu menjadi petunjuk syarikat gergasi elektronik Jepun itu kini agresif meneroka bidang perniagaan baru dan bernilai tinggi khusus kepada semua segmen penggunaan dalam indsutri.

Pengguna kini menuju kepada penggunaan produk tanpa kertas dalam semua perkara, namun teknologi paparan yang dimiliki industri kini terlalu terhad untuk membaca akhbar atau pelan yang memerlukan paparan lebih luas," Kazuhiro Tsuga, Presiden Panasonic Corporation

Boleh penuhi kekurangan komputer

Presidennya, Kazuhiro Tsuga, berkata inisiatif memperkenalkan komputer tablet dengan skrin besar berukuran 20 inci itu kepada pengguna tercetus hasil daripada teknologi paparan termaju yang dimiliki syarikat itu.

Katanya, beliau berpendapat pengenalan tablet seumpama itu bakal memenuhi kekurangan komputer atau tablet pengguna yang mempunyai saiz dan resolusi terlalu kecil.

“Pengguna kini menuju kepada penggunaan produk tanpa kertas dalam semua perkara, namun teknologi paparan yang dimiliki industri kini terlalu terhad untuk membaca akhbar atau pelan yang memerlukan paparan lebih luas.
“Pemahaman terhadap had teknologi itu merangsang kami mulakan inisiatif membangunkan prototaip tablet 4K yang menawarkan sistem operasi termaju, beresolusi ultra-tinggi, imej berkualiti dan sudut pandangan yang luas untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna daripada semua bidang, katanya dalam sidang media di Las Vegas, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Kelebihan tablet

Tablet dengan teknologi LCD 20 inci itu memaparkan resolusi paparan 4K pada 3840 x 2560 atau 9.83 juta piksel iaitu lebih dua kali ganda bagi kedua-dua dimensi resolusi HD penuh (1920 x 1080) dan mempunyai ketumpatan pencahayaan 230 piksel setiap inci bagi memberikan paparan warna imej berkualiti tinggi.

Kadar paparan 15:10 membolehkan pengguna memiliki paparan hampir kepada saiz kertas A3, sesuai untuk kandungan akhbar, majalah, gambar dan pelan bangunan.

Komputer yang dipacu platform sistem operasi Windows 8 itu turut ditawarkan bersama pen digital beresolusi tinggi (Anoto Live pen), yang membolehkan pengguna membuat lakaran untuk dikongsi dengan berbilang tablet di lokasi yang berjauhan secara ‘live’.
 
 
Full Article:  http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment